Demi kesihatan, pengguna sedar jika memakan buah-buahan dapat sedikit sebanyak mengurangkan risiko dari dijangkiti berbagai jenis penyakit. Ada pula yang mengatakan, memakan buah-buahan dapat memulihkan tenaga dengan lebih cepat.
Pada Ogos 2013, hasil kajian oleh British Medical Journal telah melaporkan, selain dari minuman keras atau ber-alkohol, jika cenderung makan buah-buahan segar, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko menghidapai penyakit kronik sebagai contoh diabetes.

Perbandingan Milkshake dengan Smoothies
Istilah & Sebutan
Smoothies: Ia adalah sejenis minuman shake (kocok) yang selalunya diperbuat daripada buah-buahan tulen, sayur-sayuran & bahan cecair seperti jus buah.Milkshake: Ia adalah minuman yang dibuat dengan campuran bahan seperti buah-buahan, ais krim, susu & bahan tenusu.
Tekstur Minuman
Smoothies: Tebal, sedikit berketul tetapi lancar dihadamMilkshake: Frothy & flowy, ringan mudah dihirup.
Jenis-Jenis Hidangan
Smoothies: Strawberry smoothie, mango smoothie, watermelon smoothie, banana smoothie, strawberry banana smoothie, coconut smoothie, protein smoothie, smoothie buah-buahan campuran.Milkshakes: Menggunakan buah-buahan biasa mahupun bahan tenusu lain seperti: milkshake buah-buahan, milkshake pisang, blackberry milkshake, cherry milkshake, kopi milkshake, avocado milkshake, vanilla milkshake & sebagainya.
Asas & Ramuan
Smoothie: Biasanya bermula dengan yogurt, susu atau jus berasas-kan buah-buahanMilkshakes: Biasanya ais krim, susu atau bahan tenusu.
Perasa Tambahan Biasa Diaplikasi
Smoothies: Serbuk madu atau protin.Milkshakes: Asas milkshake berasal dari bahan tenusu & ais krim. Sering ditambah dengan pudding mahupun whip cream.
Sejarah & Asal-Usul
Smoothies: Telah direkodkan sejarah, dimulakan oleh Smoothie King, Steven Kuhnau, sejak tahun 1970-an lagi.Milkshakes: Pertama kali istilah ini timbul pada tahun 1885. Jika di-ikut-kan, milkshake asli lebih mirip dengan eggnog yang dibuat dari wiski, telur bersama beberapa ramuan yang berasaskan tenusu.
MrSlurp Fruity Kategori Yang Mana?
Oleh kerana MrSlurp fruity menggunakan susu & bahan tenusu dalam ramuannya, ia dikategorikan sebagai milkshake dengan perisa tambahan menggunakan buah-buahan segar yang baru dipotong.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan