Menurut sumber dari Whatsapp, bermula 1 Januari 2020, semua telefon pintar Andoid versi 2.3.7 & kebawah tidak akan disokong lagi oleh Whatsapp.
Manakala bermula 1 Febuari 2020, pengguna-pengguna iPhone iOS 8 & kebawah pula akan menerima hakikat yang sama.

Menerima berita yang sama, pengguna-pengguna telefon pintar menggunakan operasi Windows Phone pula tidak akan menerima sebarang update selepas 31 Disember 2019. Selanjutnya, aplikasi Whastapp bakal dikeluarkan dari Microsoft Store (dikatakan) pada 1 July 2020.
Oleh kerana pihak Whatsapp tidak lagi akan mendokong operasi telefon-telefon pintar dinyatakan diatas, jika digunakan juga, ia bakal mendatangkan berbagai masalah.
Namun begitu pihak Whatsapp masih menyokong aplikasi mereka untuk operasi telefon pintar berikut:-
- Android 4.0.3 dan terbaru
- iOS 9 & terbaru
- Sebahagian telefon pintar yang menggunakan operasi KaiOS 2.5.1+, termasuk JioPhone & JioPhone 2
Telefon-telefon disenaraikan ini masih boleh dimuaturun & dipasang seperti biasa termasuk untuk melakukan verifikasi nombor telefon & sebagainya.
Sehingga kini, tiada lagi opsyen pengguna untuk eksport serta berkongsi mesej (chat) diantara operasi-operasi telefon pintar yang lain. Tetapi pihak Whatsapp menyediakan kaedah untuk eksport mesej (chat) ke emel sahaja.
Sumber: Whatsapp
Nampaknya, telefon-telefon pintar lama anda yang masih disimpan & digunakan, bertambah kuranglah satu lagi applikasi yang boleh di-install kelak.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan