Di Jepun baru-baru ini, netizen telah berkongsikan resepi masak lauk ayam goreng Kentuky Fried Chicken (KFC) bersama nasi didalam periuk memasak nasi (rice-cooker) -- ala-ala nasi Arab Mandy!

Resepinya sangat mudah!
Cara-cara Masak Nasi Arab Mandy Ayam KFC
- Cuci beras hingga bersih
- Masukkan beras kedalam bekas rice-cooker, sukat air & hidupkan rice cooker
- Setelah air nasi sejat atau hampir kering (suis bertukar) masukkan ayam goreng KFC diatasnya.
- Letakkan sedikit garam & lada.
- Tunggu hingga air nasi kering sepenuhnya.
- Hidangkan ketika masih panas.
Netizen di Twitter juga mengesyorkan untuk carik-carikkan isi ayam KFC yang panas tadi serta gaulkan bersama nasi sebelum ia dihidang.
Oleh kerana wap masakan nasi dalam rice cooker, isi ayam KFC tersebut menjadi sangat lembut & moisty. Rempah kulit ayam KFC digoreng sebelumnya juga kelihatan sebati dengan nasi dimasak tadi, ditambah seasoning, memberikan sedikit flavor disetiap suapan.
Jika ada left-over ayam goreng KFC dari makan malam semalam, bolehlah mencuba resepi simple mudah senang ini, dihidangkan untuk anak-anak & seisi keluarga. Atau nak tambah lauk dengan cepat, boleh pesan food delivery disini.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan