Bagi yang belum kenal nasi ayam geprek, hidangan menu ini adalah adik beradik dengan nasi ayam #penyet . Bezanya pada kaedah & ramuan salutan masakan ayam foreng dengan tambahan "kicap potong pedas".
Perhatian: Sesuai bagi mereka yg gemar super pedas.
Menu masakan authentik nusantara ini dikhabarkan berasal dari Yogjakarta Indonesia, boleh dipesan & diperoleh food delivery di bandar Kota Bharu. Dalam setiap hidangan nasi ayam geprek mempunyai nasi putih panas, ayam goreng bersalut kemudian di-ketuk, sambal geprek cili kasar, kicap pekat, sayur ulam-ulaman, tauhu goreng & sup kosong.

Uniknya masakan ini, sebaik sahaja ayam bersalut digoreng panas-panas, ia di ketuk untuk di-penyet-kan sebelum dihidang. Oleh sebab itulah ramai yang mengatakan nasi ayam geprek adalah sama dengan nasi ayam penyet kerana kaedah penyediaan akhir masakan ini adalah hampir sama.
Jika belum merasai nasi ayam geprek ini, boleh mencuba. Food delivery & COD masakan panas nasi ayam geprek boleh dipesan melalui Whatsapp disini.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan