Selama 1 bulan, warga kerja #codchef bertungkus lumus untuk mendapatkan sponsors serta kerjasama perniagaan-perniagaan setempat bagi membolehkan penyediaan hadiah-hadiah yang berjumlah ribuan Ringgit Malaysia ini.
Tanpa kerjasama strategik sebegini, tidak mungkin kami di #codchef (pada ketika itu) mampu melaksanakan projek sebegini untuk tempoh selama 3 bulan berturut-turut.

Imej: Pemenang bertuah telefon pintar kontes COD Share & Menang bersama COD Chef April 2019
Syarat-syarat kontes yang sangat mudah setiap bulan 5 pengguna bertuah food delivery COD menerima hadiah masing-masing. Pemilihan adalah secara rambang & ada di rakam video oleh warga kerja kami di sini.
Terima kasih kepada semua sponsors & warga kerja #codchef kerana telah berjaya merealisasikan projek ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua peminat-peminta tegar food delivery COD bandar Kota Bharu & jajahan sekitarnya kerana bertalu-talu menyertai kontes & memberikan sokongan.
Adakah kontes sebegini akan dilaksanakan pada tahun 2020 & seterusnya? Follow & Like laman Facebook & Instagram kami untuk dapatkan informasi terkini.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan