Harus ditekankan, terdapat banyak variasi cara masakan & ramuan masakan ayam phat phet Thai ini, mengikut tempat & asal-usul tukang masak masing-masing. Resepi asli juga selalu diperoleh secara turun temurun dalam keluarga masing-masing. Inilah sebanarnya ke-asli-an sesuatu masakan itu...

Bahan-Bahan Memasak Ayam Phat Phet Thai
Bahan Tumisan (di-Kisar):
5 biji cili padi2 hiris halia
Kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar / 5 biji bawah merah
Lengkuas
Belacan
Bahan B
3 ketul ayam mentah - dipotong dadu1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Secubit Ajinomoto - optional bagi mereka yang biasa menggunakannya.
Sedikit kacang panjang dipotong 1".
Cara-cara Memasak Ayam Phat Phet Thai
Kisar kesemua Bahan Tumisan & tumis sehingga naik bau. Setelah kering tumisan tersebut, masukkan secawan air.Masukkan kesmua Bahan B termasuklah sebatang serai dititik, assam keping, ayam, daun limau purut & garam serta gula.
Periksa ayam & pastikan ia masak sepenuhnya. Tambahkan sedikit air jika inginkan hidangan anda berkuah sedikit.
Masukkan potongan kacang panjang tadi & pastikan ia tidak terlalu lama, jika tidak akan hilang ke-rangupannya. Padamkan api & terus hidangkan.
Sedikit Tips
Untuk tambahkan kepedasan, kisarkan cili padi lebih sedikit semasa menyediakan bahan-bahan tumisan sebelumnya. Ramai juga yang menggemari hidangan ini berasa pedas-pedas & manis.Hidangan ayam phat phet ini bukannya seperti masakan ayam ungkep. Ada yang mengatakan masakan asli Thai ini adalah lebih sedap dari masak ungkep -- anda sendiri menilainya nanti bila mencubanya!
Untuk menambahkan aroma masakan ayam phat phet Thai anda, daun limau purut diletakkan. Tambahkan sedikit assam keping mengikut citarasa masing-masing -- bakal membuka selera anda nanti ketika dimakan panas-panas.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan