Pembukaan tahun 2020 yang sangat cerah untuk Team #codchef, segala cabaran tahun lalu telah berjaya diharungi, ditambah manis dengan laman web V2 lebih canggih dan App COD Chef lebih ringan dari App biasa!
Beberapa kriteria penting telah dikenal-pasti untuk mewujudkan aplikasi #codchef ini:-
- App mestilah ringan & mampu dipasang pada peranti lama.
- Mudah di-selengara.
- Mudah diakses pengguna kurang celik penggunaan Apps.
- Tidak simpan data pengguna.
- Boleh diupdate oleh Admin menggunakan peranti dari mana-mana.
- Tidak bebankan server.
- Pengguna boleh membuat pesanan atas talian.
- Mudah untuk menjalankan update tanpa bantuan profesional.
- Keseragaman paparan web & apps.
Ini adalah sangat penting berdasarkan kajian senario semasa tumpuan pelanggan & kebolehcapaian pengguna perkhidmatan disediakan #codchef yang telah dikumpul & dirujuk.

Setakat ini hampir semua keperluan utama membangunkan laman web & Apps #codchef ini telah dicapai & kini masih dicuba uji dari berbagai aspek.
Alhamdulillah, sambuatan App & laman web V2 #codchef sungguh menggalakkan dengan peratusan penerimaan pesanan semakin meningkat setiap hari diatas talian!
Sudah tentu, di peringkat awal, adanya kekurangan memandangkan terdapat berbagai jenis peranti & operasi peranti (OS) yang digunakan pengguna. Ditambah pula kekangan data corak kepenggunaan yang berjaya diperoleh pihak Team IT #codchef untuk penambah-baikan.
Oleh itu, kami alu-alukan feedback semua untuk membantu Team IT kami membuat penambah-baikan yang berkaitan. Sebarang feedback boleh di salurkan disini.
Anda boleh mencuba untuk install App #codchef disini https://app.codchef.com/
App ini telah diuji untuk aplikasi Android & iOS, tidak menyimpan data peribadi, sangat ringan, boleh di buang pasang bila-bila masa.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan