Namun begitu, bayaran bantuan BSH2020 adalah mengikut fasa, kepada yang layak sahaja, berdasarkan data terkumpul bagi tahun 2019.
Menurut Lim Guan Eng, fasa pertama pembayaran BSH 2020 adalah sebanyak rm300 bagi setiap isi rumah yang telah layak. Bayaran bantuan ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon, berdasarkan informasi data pemohon sebelumnya (2019).
Akhbar The Star pula melaporkan, dijangka sebanyak 3.8 Million isi rumah berkelayakan di Malaysia akan memperoleh bantuan BSH ini, keseluruhan bantuan berjumlah 1 Billion bakal diagihkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Kategori Bantuan BSH
Dilaman MyBSH, bantuan sara hidup ini adalah berdasarkan pendapatan isi rumah seperti berikut:-
- RM1,000 bantuan kepada isi rumah berpendapatan RM2000 kebawah
- RM700.00 bantuan kepada isi rumah berpendapatan RM2001 hingga RM3000
- RM500 bantuan kepada isi rumah berpendapatan RM3001 hingga RM4,000
Untuk tahun 2020, bayaran BSH akan diagihkan dalam 3 fasa. Tarikh pemberian BSH2020 bagi fasa ke-2 & berikutnya akan diumumkan pihak kerajaan kelak.
Bantuan Tambahan
Disamping bantuan mengikut pendapatan isi rumah, tambahan RM180 akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai anak-anak dibawah umur 18 tahun, terhad kepada keluarga yang mempunyai lebih 4 anak.
Isi rumah yang layak menerima bantuan sara hidup ini yang mempunyai anak kurang upaya, juga menerima tambahan bantuan BSH sebanyak RM120, tidak kira umur anak mereka.
Selain dari kategori pendapatan isi rumah, bantuan BSH 2020 juga disalurkan kepada penduduk-penduduk Malaysia bujang (single) & juga mereka yang kurang upaya (OKU).
Kategori ini bakal menerima bantuan BSH 2020 pada fasa ke-2 nanti, menutuk Lim Guan Eng.
Permohonan Baru & Kemaskini BSH 2020
Penduduk Malaysia yang berjaya menerima BSH 2019, tidak perlu untuk memohon semula untuk bantuan BSH 2020. Tidak ada perubahan atau kemaskini yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pemohon yang kurang upaya.
Namun begitu, mennurut Lim Guan Eng, pemohon haruslah membuat permohonan baru BSH 2020 jika mereka layak pada tahun ini. Permohonan BSH baru ini akan mula dibuka pada 1 Febuari hingga 15 Mac 2020.
Pemohon BSH 2020 boleh kemaskini maklumat mereka diatas talian mellaui laman MyBSH atau hadirkan diri dimana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau diamana-mana Uran Tranformation Centers (UTC) yang berhampiran.
Jika kemaskini & permohonan baru telah diluluskan, maka bantuan BSH akan disalurkan pada agihan bantuan fasa ke-2 kelak.
Lim Guan Eng juga mengatakan bahawa bantuan juga akan diberikan secara tunai keada isi-rumah yang tdak mempunyai akaun atau berlokasi di luar bandar.
Sumber: Unit Berita MyBSH
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan