Melalui laporan 100 hari & pembentangan kad laporan Kementerian Pendidikan tahun 2019 (1 tahun), kementerian ini telah mewujudkan satu trend untuk kementerian-kementerian lain unutk turut serta berbuat demikian.

Terlebih dahulu, kita lihat beberapa inisiatif & pencapaian yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dibawah mantan menterinya Dr. Maszlee Malik:-
90% Sekolah Daif Siap Lebih Awal.
Projek kerajaan lebih transparen & boleh diakses oleh orang awam.Keluarga Warga B40 & Anak-anak Tanpa Dokumen Dibela.
Ratusan ribu anak-anak Malaysia kembali ke sekolah & teruskan pelajaranMengurangkan Beban Guru.
Laporan dari guru-guru menunjukkan berpuas hati hasil kerjasama rakan strategik NUTPMelancarkan Gerakan Malaysia Membaca
Dijangka menjelang 2030, Malaysia sebagai negara penduduk yang ramai membaca.Merombak Semula Beberapa Akta
Membolehkan pelajar & pendidik mempunyai kebebasan sewajarnya dengan mengkaji & merombak semula beberapa akta yang menghalang kebebasan mereka.Menolak Korupsi & Ketirisan
Berlaku banyak penyerahan projek-projek secara terus telah dilaksanak oleh pentadbir terdahulu & dibawah pentadbirannya, berjaya dirombak semula.Antara Sebab Dr Maszlee Meletak Jawatan
- Isu-isu sensitif lebih diutamakan berbanding initiatif yang telah dicapai.
- Tekanan dari timbulnya banyak isu serta krisis ditujukan ke kementeriannya yang lebih "disuarakan" oleh meida massa & pihak pembangkang.
- Tidak mudah bagi seseorang (Maszlee) yang berlatar belakang sebagai tenaga pendidik untuk kemudi kementerian yang isu sengaja di-politik-kan.
Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020 telah mendapat restu Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, setelah mengadakan pertemuan terakhir di Putrajaya pada 2 Januari 2020 lalu.
Sumber: Sidang media perletakan jawatan Dr Maszlee di Putrajaya.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan