Kawasan Larangan Merokok di Semua Premis Makan
Larangan merokok di premis makanan berkuatkuasa sepenuhnya, setelah hampir 1 tahun (2019) diberikan kelonggaran berbuat demikian.
Premis larangan merokok kawasan makan termasuk, restoran, kedai kopi, pusat jualan makanan & kawasan makan terbuka.
Denda sebanyak RM250 akan dikenakan jika melakukan kesalahan. Selain dari produk tobacco seperti rokok, curut - vape & sisha juga termasuk dalam larangan kawasan tidak merokok ini.
Sales & Service Tax (SST) untuk Produk/Perkhidmatan Digital
Cukai jualan & perkhidmatan 6% ini dikenakan kepada semua individu ataupun syarikat dari luar negara yang menjual atau memberi perkhidmatan digital di/kepada penduduk Malaysia.
Cukai 6% digital ini merangkumi muaturun musik atas talian (online), langganan online seperti Spotify & Netflix, langganan e-book, penggunaan e-marketplace, penyediaan perkhidmatan cloud & juga perisian.
Kerusi Kereta Kanak-Kanak CRS Diwajibkan
Kepada ibubapa yang mebawa anak-anak kecil didalam kereta, diwajibkan menggunakan/memasang kerusi kenderaan untuk kanak-kanak. Penguatkuasaan ini termasuk untuk kenderaan persendirian.
Namun begitu, untuk 6 bulan pertama hingga Julai 2020, tiada saman akan dikeluarkan bagi kenderaan persendirian yang tidak menggunakan Child Restraint System CRS.
Larangan Penggunaan Penyedut Plastik (Straw)
Larangaan asal telah bermula dari tahun 2019 lagi, tetapi diberikan kelonggaran. Bermula 1 Januari 2020, semua premis makanan tidak boleh memberi atau menjual penyedut minuman (straw) yang diperbuat dari plastik.
Namun begitu, kelonggaran kepada mereka yang kurang upaya atau kepada mereka yang memerlukan penyedut minuman kerana keperluan.
Kelonggaran juga diberikan kepada penyedut minuman (straw) yang diperbuat dari bahan yang tidak diperbuat dari plastik.
Kadar Minima Gaji Dinaikkan
2020 mewajibkan majikan dikawasan bandar menaikkan kadar gaji minima ke RM1200 dari RM1100 sebelumnya.
Namun begitu ia hanya tertakluk kepada 57 buah bandar diseluruh negara. Kadar gaji minima unutk bandar-bandar lain di Malaysia masih kekal RM1100. Butiran bandar tersebut di laman Kementerian Sumber Manusia.
Kadar Tol Diskaun 18% di PLUS
Pengguna jalan raya akan menikmati diskaun sebanyak 18% kadar tol di semua lebuhraya kendalian PLUS, itupun jika cadangan pihak kerjaan untuk mengambil alih semula Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) - menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Untuk jambatan kedua ke Pulau Pinang pula, kadar tol telah dikurangkan kepada RM7 sahaja.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan