Staf kami di #codchef kebetulan selesai membuat penghantaran makanan food delivery di hospital swasta ini mengesahkan bahawa kakitangan KPJ Perdana Specialist Kota Bharu telah mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM untuk mengambil langkah kawalan/pencegahan ketika menguruskan pesakit tersebut untuk dirujukkan.

Melalui laman Facebook KPJ Perdana Specialist Kota Bharu, satu pengumuman telah di muat-naik bagi menafikan terdapatnya kes coronavirus di hospital mereka.
Berikut video dikongsikan oleh pengguna Whatsapp.
Pihak KPJ Perdana Specialist hanya mengambil langkah pencegahan seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
Manakala pesakit tersebut telah dirujuk ke hospital yang telah ditetapkan oleh pihak KKM untuk tindakan & rawatan susulan.
Diharap pengguna Whatsapp Malaysia terus bertanggungjawab memberikan informasi yang benar & sahih dan bukannya menyebarkan berita 'viral' semata².
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan