Menu nasi ayam geprek ini simple, tetapi super pedas! Sesuai untuk pengemar-pengemar yang mempunyai palet kebal ;).
Walaupun pedas, menu nasi geprek ini tetap menjadi pilihan untuk tempahan melalui Whatsapp #codchef dihantar ke rumah & pejabat-pejabat di sekitar bandar Kota Bharu. Rupanya ramai juga penggemar masakan pedas segar (fresh) di Kelantan ini.
Kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk menyediakan & memasak menu nasi ayam geprek yang berasal dari Yogyakarta ini -- jika anda berkesempatan untuk memasak di rumah nanti.

Bahan-bahan diperlukan untuk masak nasi ayam geprek:
Bahan-bahan untuk perap ayam (Bahan 1):
- 4 bahagian paha ayam
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu jus limau
- Bahan salut ayam
- Tepung (jenama Bestari)
- 2/3 biji telur
Bahan-bahan untuk menyediakan sambal geprek (Bahan 2):
- 15 - 20 biji cili padi merah
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- Garam & gula secukup rasa
Cara-cara untuk memasak menu nasi ayam geprek:
- Ambil ayam bersih & gaulkan sehingga rata dengan bahan perapan (Bahan 1)
- Perapkan ayam selama 15-20 minit.
- Sediakan bahan untuk salutkan ayam iaitu telur & tepung.
- Selesai perapan ayam, celupkan ayam ke dalam telur.
- Salutkan ayam dengan tepung keseluruhannya.
- Panaskan kuali bersama minyak masak baru.
- Setelah kuali & minyak panas, masukkan ayam disalut tepung tadi & goreng sehingga perang keemasan. Angkat & toskan.
- Di kuali berasingan, gorengkan semua bahan sambal (Bahan 2) seperti cili padi, bawang merah, bawang putih & tomato sehingga naik aroma. Kemudian angkat & toskan.
- Tumbuk kasar bahan-bahan sambal yang digorengkan di #8 & tambahkan garam & gula.
- Letakkan sambal tadi di atas ayam di goreng #7.
Ayam geprek anda sudah siap untuk dimakan! Hidangkan bersama sepinggan nasi panas, ulam & potongan limau nipis.
Untuk mengurangkan kepedasan, boleh dinikamati bersama kicap pekat manis.
Ingin mencuba tetapi tidak sempat untuk memasak? Boleh pesan atas talian di laman ini: https://www.codchef.com/
Atau lebih mudah lagi, order food delivery melalui Whatsapp ke 017 939 5141 & staf akan membantu. Menu digital percuma disediakn juga taw!.
Selamat mencuba! #codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan