Kami #codchef mengambil berat akan situasi semasa negara. Perintah kawalan pergerakan (Movement Control Order) 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020 yang diumumkan kerajaan Malaysia, membolehkan kami bersiap sedia demi untuk kepentingan & kesejahteraan bersama.
Berikut adalah inisiatif & langkah2 kawalan serta pencegahan awal telah/akan dilaksanakan #codchef.

Inisiatif Vendor:
- Staf² dikesan kurang sihat serta-merta tidak dibenarkan berkerja.
- Memastikan sekitaran kerja bersih & di sanitasi sepanjang masa beroperasi.
- Operasi dine in diberhentikan & hanya menerima tempahan bungkusan.
- Menggunakan topeng muka ketika preparasi & kendalian makanan
- Tidak dibenarkan sentuhan terus pada sebarang makanan yang telah siap masak.
- Petugas² diwajibkan membasuh tangan sepanjang masa & menggunakan hand sanitizer.
- Memastikan stok bekalan bahan mentah mencukupi & mampu tidak terkesan dengan perubahan harga runcit yg mungkin bakal berlaku.
Inisiatif Petugas² #codchef:
- Staf² dikesan kurang sihat serta merta tidak dibenarkan bertugas.
- Petugas² pesanan dibenarkan bekerja dari rumah.
- Rider² bakal/akan dibekalkan penutup muka (mask) & hand sanitizer.
- Beg delivery hendaklah sentiasa bersih & di-sanitasi.
- Ketika serahan makanan, rider berada 1 meter dari drop-off point - ditentukan penerima pesanan (jika diperlukan)
- Rider² tidak dibenarkan berkumpul & hanya berinteraksi pada jarak 1 meter antara satu sama lain.
Inisiatif Pelanggan² Disayangi
Berikut langkah² mudah & selamat ketika membuat & menerima pesanan pada waktu perintah larangan pergerakan ini:
- Digalakkan membuat bayaran atas talian - mengurangkan transaksi sentuh pindah.
- Menyediakan drop-off poin untuk rider meletakkan makanan & menerima bayaran.
- Menyalin makanan terus ke pinggan & membuang bungkusan makanan serta-merta.
- Membasuh tangan setelah membuang bungkusan & sebelum menjamu selera.
Kami sangatlah berharap langkah² pencegahan awal ini terus dapat mengekang sebaran.
Ini membolehkan anda terus memperoleh makanan pada harga lebih nilai, lebih murah, lebih munasabah - sama seperti anda sendiri keluar membeli di restoran & kafe.
Info semasa & aktiviti kami juga dikongsikan di Facebook Page, Whatsapp Status & laman web kami codchef.com .
Be Safe & Stay Safe.
#codchef
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan