[Update] Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah dilanjutkan ke 14 April 2020.
Ketika tempoh ini, peekhidmatan #codchef akan terus beroperasi dari 11 pagi hingga 7 petang.
Pihak pengurusan #codchef sememangnya komited untuk membantu mikro ekonomi lokal/setempat, selaras dengan objektif penubuhan perkhidmatan syarikat - lebih² lagi ketika masa² sukar & mencabar ini.
Baca penerangan penuh & langkah-langkah awal dilaksanakan kakitangan/vendor #codchef disini: https://www.codchef.com/2020/03/langkah-kawalan-pencegahan-covid-19.html
Kami juga telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencegah & mengawal penularan, selaras dengan panduan/pematuhan kementerian & agensi berkaitan.
Kami menyeru pengguna semua untuk sentiasa mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia & pihak berkuasa setempat, supaya anda sekeluarga serta kominiti terus terlindung dari penularan wabak ini.
Seperti dimaklumkan Perdana Menteri Malaysia beberapa hari lalu, segala bentuk aktiviti sosial secara berkumpulan kecil mahupun besar sama ada berbentuk keagamaan, sukan, bersosial & kebudayaan adalah di larang.
Penduduk Malaysia dipohon untuk sentiasa berada di rumah serta mengurangkan aktiviti di luar.
Semua bentuk perniagaan di tutup kecuali perniagaan berteraskan keperluan asas pengguna (essential services) seperti pasaraya, kedai runcit, market, keda menjual barangan keperluan harian.
Manakala, semua jenis perkhidmatan baik sektor awam & swasta juga diarahkan ditutup kecuali perkhidnatan berteraskan keperluan pengguna (essential services) seperti:-
- air
- elektrik
- sumber tenaga
- telekomunikasi
- pos
- tranportasi
- lubrikasi
- penyiaran
- sektor ewangan
- perbankan
- minyak
- gas
- sektor kesihatan
- farmasi
- penyelamat kebakaran
- penjara
- pelabuhan
- lapangan terbang
- sektor keselamatan
- sektor pertahanan
- sektor pembersihan
- peruncitan & pembekalan makanan.
Larangan perjalanan ke luar negera juga telah dikuat kuasa serta merta. Penduduk Malaysia yang pulang dari luar negara harus melalui pemeriksaan & kuarintin dirumah selama 14 hari. Kesemua laluan keluar masuk (border) ke Malaysia juga ditutup kepada pelancong/pelawat ketika PKP ini.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan