Selama 6 minggu PKP dilaksana, hanya perkhidmatan keperluan pengguna (essentials services) seperti food delivery COD yang dibenarkan beroperasi - namun dalam keadaan terkawal.

Bagi perniagaan essential services, surat perjalanan atau surat kebenaran perlepasan & pematuhan harus disediakan, digunakan oleh kakitangan yang menjalankan tugas diluar.
Surat kebenaran & pematuhan PKP ini dapat ditunjukkan kepada pegawai berkuasa bertugas, lazimnya pegawai polis, angkatan tentera, FRU, RELA & pihak majlis berkuasa tempatan - ketika di tahan mahupun berada di sekatan² jalan raya.
Khidmat penghantaran makanan seperti kami di #codchef juga telah sediakan surat² perlepasan kepada kesemua staf yang terlibat bagi melancarkan khidmat food delivery COD.
Berikut adalah contoh surat kebenaran perlepasan & pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang anda boleh guna pakai jika menjalankan khidmat food delivery atau khidmat essential service yang berkaitan.

Bantuan? E-Bazaar Ramadhan online #codchef dibuka. Daftar percuma disini.
Contoh Surat Kebenaran Perlepasan PKP 2020
[Logo syarikat (jika ada)]
[Nama syarikat]
[No pendaftaran syarikat]
[Alamat penuh pejabat]
[No telefon]
[Emel]
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PER: PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Perkara diatas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan, penama & keterangan dibawah adalah kakitangan syarikat kami yang menjalankan [perkhidmatan essentials dibenarkan] .
Nama: [nama staf]
K/P : [k/p staf]
Alamat: [alamat kediaman staf terkini]
Telefon: [no telefon staf]
Kenderaan: [kenderaan staf gunakan]
No. Pen. Kenderaan: [no daftar kenderaan staf]
Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat memberi kebenaran & perlepasan kepada penama diatas bagi menjalankan tugas & tanggungjawab diberikan.
Kerjasama dari pihak Tuan/Puan sangatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.
Yang Berharap
[Nama pengarah syarikat]
[Jawatan]
[Nama syarikat]
[Cop syarikat]
[Nama syarikat]
[No pendaftaran syarikat]
[Alamat penuh pejabat]
[No telefon]
[Emel]
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
PER: PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Perkara diatas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan, penama & keterangan dibawah adalah kakitangan syarikat kami yang menjalankan [perkhidmatan essentials dibenarkan] .
Nama: [nama staf]
K/P : [k/p staf]
Alamat: [alamat kediaman staf terkini]
Telefon: [no telefon staf]
Kenderaan: [kenderaan staf gunakan]
No. Pen. Kenderaan: [no daftar kenderaan staf]
Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat memberi kebenaran & perlepasan kepada penama diatas bagi menjalankan tugas & tanggungjawab diberikan.
Kerjasama dari pihak Tuan/Puan sangatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.
Yang Berharap
[Nama pengarah syarikat]
[Jawatan]
[Nama syarikat]
[Cop syarikat]
* Gantikan mana² berlabel berikut [ ... ] kepada keterangan anda sendiri yang bersesuaian.
Penerangan Penting
Keterangan syarikat adalah lengkap se-baiknya menggunakan kepala surat rasmi.
Nama & keterangan staf lengkap terutama keterangan kenderaan, memudah cara ketika di sekatan jalanraya.
Surat perlepasan PKP ini mestilah ditanda tangan & mempunyai cop sah syarikat.
Surat perlepasan PKP ini juga haruslah bercetak dalam keadaan asal & bukan salinan. Surat berbentuk digital tidak akan dilayan oleh pihak berkuasa.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pemilik perniagaan bagi meneruskan kelangsungan perkhidmatan mereka ketika sekatan pergerakan PKP ini.
Bantuan? E-Bazaar Ramadhan online #codchef dibuka. Daftar percuma disini.
#codchef
#KitaJagaKita
#StayAtHome
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan