Majlis Keselamatan Negara pada 16 April memutuskan bahawa aktiviti bazar Ramadan tidak dibenarkan diseluruh negara disepanjang PKP, termasuk sebarang bentuk gerai yang mengadakan "pandu lalu" atau "pesan & ambil" juadah-juadah berbuka puasa.
Khidmat hantar makanan food delivery juadah berbuka puasa bazar ramadan dibenarkan dari premis seperti restoran & kafe, namun dalam keadaan terkawal, pematuhan kebersihan & kesihatan, termasuk melalui saringan kesihatan di klinik-klinik kerajaan & swasta oleh semua pengendali makanan.
Imej: Mohd Fazlin (CC BY 2.0)
#codchef sudah pun memulakan inisiatif bersama, bagi membantu konsumer & usahawan lokal sejak hari pertama PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu.
Konsumer terus berjimat, peroleh makanan kegemaran pada harga lebih murah & asal, tidak terbeban kos terselindung aplikasi food delivery - penambahan harga makanan 30-35%!. Manakala usahawan lokal terus berdaya saing & meningkatkan jualan walaupun terpaksa "berkurung" selama mana PKP berkuatkuasa.
Bagi konsumer, khususnya di Kota Bharu, nantikan 24 April - juadah-juadah berbuka puasa bazar Ramadhan eksotik negeri Kelantan akan berada hanya dihujung jari untuk dipesan!
Untuk vendor bazar ramadhan Kota Bharu & jajahan sekitarnya, #codchef mengalukan penyertaan untuk kami #KongsiRezeki kami bersama anda! Dengan lebih 1500 pengunjung di laman web app kami setiap hari & lebih 40,000 pengguna aktif platform #codchef, kami yakin akan terus membantu usahawan-usahawan lokal secara langsung - mudah & cepat!
Maklumat lanjut inisiatif bazar Ramadhan online #codchef boleh diperoleh di laman ini.
Daftar mudah, tiada data peribadi diperlukan. Klik disini berhubung Whatsapp sekretariat Bazar Ramadhan Online #codchef wa.me/60179395141 .
#KitaJagaKita
#KongsiRezeki
#FoodDelivery
#BazarRamadhan
#KotaBharu
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan