Antara negeri-negeri di Malaysia yang tidak membenarkan atau memberi permit berniaga Bazaar Ramadan tahun 2020 ini adalah:-
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Wilayah Persekutuan
- Sarawak
- Melaka
- Johor
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
Update 14 April: Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan hari ini bahawa tiada permit atau kebenaran untuk mengadakan bazar Ramadan diseluruh negara bagi tahun 2020.
Update 16 April: Sebarang bentuk gerai/bazar ramadhan sama ada "pandu lalu" atau "tempah & ambil" tidak dibenarkan ketika PKP - arahan MKN.
Langkah ini untuk mengelakkan orang awam berkumpul, secara tidak langsung mengurangkan penularan tidak berkawal virus COVID-19 (coronavirus) yang kini sedang melanda seluruh negara.

Kredit imej: Mohd Fazlin on Flickr (License: CC BY 2.0)
Selaras dengan objektif penubuhan #codchef , pihak kami ingin terus membantu konsumer & usahawan setempat (local) supaya (1) konsumer peroleh kemudahan & berbelanja dengan lebih berjimat dan (2) usahawan terus berdaya saing didalam industri yang sangat kompetitif ini.
PKP fasa 1 dan fasa 2 telah membuktikan bahawa usahawan kecil sederhana sektor penyediaan makanan mampu bertahan & kompetitif, walaupun mengharungi berbagai cabaran, kekangan & halangan, dengan mewujudkan rakan niaga strategik.
Konsumer pula tetap peroleh makanan/produk dengan pembelian lebih murah, lebih nilai & lebih berjimat, tidak terbeban dengan kos-kos terselindung/tambahan dikenakan oleh aplikasi food delivery tertentu.
Inisiatif Bazaar Ramadan Online Kota Bharu #codchef
Antara inisiatif #codchef untuk membuka E-Bazaar Ramadan Online Kota Bharu ini adalah:-
Untuk Konsumer
- Memperoleh berbagai produk Bazaar Ramadhan hanya dihujung jari.
- Membuat pembelian pada harga asal untuk terus berjimat, peroleh harga lebih nilai.
- Pembelian & berhubung terus dengan usahawan, tiada orang/pengendali tengah.
- Senarai usahawan disemak & pematuhan agensi berkuasa setempat.
- Tiada data peribadi diperlukan & disimpan! Tidak perlu kongsi maklumat anda ber-sosial.
- Bayaran tunai & online diterima untuk kemudahan.
- Contact-less drop-off diterima.
- Penjagaan kebersihan tahap sanitasi disyorkan semasa, ketika & selepas penyerahan makanan.
Untuk Usahawan
- Menyediakan platform percuma menyenaraikan produk-produk Bazaar Ramadhan secara eksklusif.
- Membantu usahawan konvensional perkenal produk di atas talian secara kondusif.
- Meluaskan pasaran produk lebih bertumpu & efisyen.
- Berhubung dengan konsumer lebih cepat & tepat (targetted).
- Meng-optimasi-kan perniagaan & produk, usahawan mudah dikenali & produk mudah dicari.
- Penyenaraian harga produk kompetitif tidak terbeban komisyen tinggi & lewat bayaran dilakukan aplikasi pengahantaran sedia ada.
- Kemudahan berhubung terus konsumer diatas talian / melalui aplikasi peranti.
- Kepercayaan pengguna kerana usahawan disemak sebelum penyenaraian di aktifkan.
- Aktiviti promosi berterusan, dekatkan produk ke 40K++ konsumer aktif setiap hari!
- Pemeriksaan berkala pematuhan terhadap kebersihan penyediaan makanan seperti diwartakan oleh Majlis berkuasa tempatan & agensi berkaitan.
- Disokong oleh jenama pemberi khidmat lokal yang unggul & terpecaya.
Bagaimana Untuk Mendaftar & Penyertaan?
Sediakan maklumat-maklumat E-Bazaar Ramadhan online seperti berikut:-
- Nama Kedai / Tapak Bazaar Ramadan Terdahulu:
- Nama Pemilik:
- No Tel. (Hubung/SMS):
- Tel. Whatsapp:
- URL Profil/Page Fb:
- Alamat Premis:
- Waktu Operasi:
- Produk/Menu Bazaar:
Contoh penyenaraian produk/menu Bazaar Ramadhan (#8) seperti berikut:-
- Nasi kerabu tumis lauk ayam /RM5.00
- Karipap inti sardin (5 pcs) /RM2.00
- Murtabak isi ayam /RM4.00
- Roti John isi daging /RM5.00
- Ayam Golek Madu (1 ekor) /RM20.00
- Ayam Golek Madu (1/2 ekor) /RM12.00
- Ayam Golek Madu (1/4 ekor) /RM6.00
- Nasi Arab Mandy Kambing /RM25.00
- Popiah basah (4pcs) /RM2.50
- Air Tebu Segar (1 jug + ais) /RM4.50
Sudah bersedia? Hantarkan penerangan diatas ke Whatsapp wa.me/60179395141
Daftar Bazaar Online Disini
#codchef akan berhubung dengan vendor sekurang-kurangnya dalam tempoh 48 jam.
Sediakan imej-imej produk ketika dipohon untuk manambah nilai bazaar Ramadhan online di mana-mana platform kami. Teks & watermark imej tidak melebihi 20% dari keseluruhan imej. Pihak kami berhak menolak imej yang tidak bersesuaian.
Laman khas vendor bazaar disediakan & aktiviti promosi terus berjalan di kesemua laman sosial & aplikasi mesej #codchef.
Contoh laman khas vendor bazar ramadhan online disini.
Pertanyaan? Hubungi kami disini wa.me/60179737275
Syarat-Syarat:
- Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
- Mempunyai premis mengendalikan menu/juadah/produk Bazaar Ramadhan di kawasan Kota Bharu & jajahan sekitarnya.
- Mempunyai lesen perniagaan bazaar, tapak, atau bukti berniaga bazaar terdahulu.
- Pematuhan kelolaan makanan oleh Majlis berkuasa tempatan & agensi berkaitan.
- Produk jualan yang sah, mematuhi & dibenarkan oleh undang-undang semasa.
Piawaian Komuniti (Community Standard):
Usahawan harus bersikap profesional & memenuhi etika-etika keusahawanan yang tinggi ketika berurusan dengan mana-mana pihak sepanjang masa.
Segala aset digital diserahkan adalah hak milik pemilik, adalah konten/gambaran asal produk, dan mempunyai kebenaran untuk digunakan bagi tujuan promosi & berkaitan.
#codchef berhak untuk membuat perubahan penyenaraian bila-bila masa mengikut keperluan atau arahan.
#codchef berhak untuk menerima atau menolak penyenaraian.
Perubahan pada penyenaraian dibenarkan. Fi akan dikeluarkan.
Penafian:
Dengan menghantar maklumat diatas di mana-mana laman kendalian #codchef, anda telah membaca & memahami tetapan, syarat-syarat semasa, notis Polisi Privasi & Terma Perkhidmatan.
#codchef tidak pernah menyediakan atau melantik wakil atau mana-mana pihak ke-3 untuk mewakili pihak kami bagi penyenaraian & bantuan perniagaan komprehensif ini.
#codchef will not be responsible for any losses whasoever.
Laman dikemaskini dari masa kesemasa.
#KitaJagaKita
#BazaarRamadhanOnline
#KongsiRezeki
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan