Malam Lailatul Qadar - apa maksudnya?
Lailatul Qadar adalah merupakan satu malam yang sangat istimewa di bulan Ramadan. Menyingkap wujudnya malam Lailatul Qadar dari Al-Quran & Hadith...
Surah al-Qadr ayat 1 - 3 menyebut:
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
Ulama bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam mana-mana malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadan - berdasarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW. Ulama juga berpendapat, Lailatul Qadar akan berlaku pada malam yang ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Namun hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila masanya malam Lailatul Qadar.
Setiap amalan yang kita lakukan di malam Lailatul Qadar akan diberi pahala 1,000 kali ganda.
Bagi mendapatkan malam yang penuh barokah ini, umat Islam perlulah melakukan amalan & ibadah dengan bersungguh-sungguh. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah:
1. Hidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran
Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud:
“Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
2. Beriktikaf, perbuatan-perbuatan mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran & sebagainya
Baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.
3. Perbanyakkan doa & minta keampunan
Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.
4. Bersedekah
Sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
Semoga amalan-amalan kita di bulan Ramadan 1441H ini terus mendapat keberkatan dariNya.
Sumber bacaan: Says - seismik
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan