Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, rakyat Malaysia yang berada dalam kategori diatas diberi peluang untuk membuat rayuan BPN yang gagal sehingga 31 Mei 2020.
Ramai rakyat Malaysia terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang berkuatkuasa 18 Mac. Ramai juga yang hilang punca pendapatan kerana kehilangan pekerjaan, manakala pemilik syarikat akur & gulung tikar kerana tidak dapat menjalankan perniagaan ketika sekatan PKP ini berlangsung.
Oleh itu kerajaan Malaysia telah menyediakan berbagai bentuk bantuan bagi membantu mereka yang terkesan ketika berlangsungnya PKP dengan menyediakan pakej stimulus ekonomi untuk semua lapisan masyarakat, baik pengguna mahupun peniaga.
Menurut laman weh LHDNM, berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data cukai LHDNM, seramai 8.3 juta penerima telah diluluskan untuk fasa pertama BPN dengan jumlah peruntukan RM9.3 bilion.
Cara-cara Membuat Rayuan BPN ke LHDN
Bagi mereka yang hilang pekerjaan atau mempunyai syarikat yang tidak aktif, boleh membuat rayuan dengan terus menghantar emel ke LHDNM atau datang sendiri ke mana-mana pejabat LHDNM seluruh negara.
Untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, ketika membuat rayuan ke LHDNM, sila bawa dokumen pegesahan dari majikan yang menunjukkan telah diberhentikan & membawa slip gaji terakhir.
Bagi pemilik syarikat yang tidak aktif, hendaklah menyediakan & membawa dokumen bukti bagi menyokong permohonona BPN mereka yang menunjukkan syarikat mereka ini tidak aktif lagi.
Kategori pemohonon ini boleh membuat rayuan di mana-mana pejabat LHDNM bermula 11 & 12 Mei waktu pejabat.
Setiap pemohon akan dibuat semakan silang berdasarkan data-data diberikan dari agensi berkaitan bagi mengelakkan penipuan & ketirisan bantuan yang disediakan ini.
Sumber:
LHDNM
Malaysia Kini
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan