Pusat-pusat pungutan zakat termasuk pungutan zakat fitrah di kiosk-kiosk, masjid & surau sekitar negeri Kelantan telah ditutup sementara untuk mengelakkan orang awam berkumpul.
Bagi mereka yang ingin membayar zakat atau zakat fitrah, boleh membuat demikian di atas talian sahaja. Terlebih dahulu, mari kita segarkan memori semula mengenai zakat fitrah...
Imej: Mohd Fazlin (CC BY 2.0)
Kenali Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan & berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal - Sebelum sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- Waktu Haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Membayar Zakat Fitrah Atas Talian ke MAIK
Tanpa ke pejabat & kiosk pungutan zakat disediakan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), umat Islam negeri ini boleh membayar zakat diatas talian sahaja.
Berikut beberapa kaedah membayar zakat fitrah atas talian disediakan MAIK. Pastikan anda telah mengaktifkan perbankan internet di bank masing-masing.
Cara-cara Bayar Zakat Fitrah di Laman Web MAIK
- Layari laman MAIK disini: https://zakat.e-maik.my/v8/index.php
- Masukkan butiran diri anda di kotak disediakan
- Bahagian "Butiran Bayaran" pilih "Cara Pembayaran" & kemudian "Pilihan Bank Pembayar".
- Di bahagian "Maklumat Zakat", barisan "Zakat Fitrah RM7" pilih "Bil Diri & Tangungan" yang bersesuaian.
- Kemudian scroll ke bawah & tekan butang "Bayar Sekarang"
- Di laman FPX masukkan nama log-in perbankan anda.
- Kemudain masukkan kata laluan perbankan anda.
- Tekan butang "Bayar" atau "Benarkan"
- Maklumat status transaksi akan terpapar & anda akan kembali ke laman MAIK
- Hapuskan cookie & cache laman web browser anda untuk keselamatan butiran peribadi.
Cara-cara Bayar Zakat Fitrah di Aplikasi Android MAIK
- Muaturun aplikasi MAIK (Zakat) di Google Play Store
- Lancarkan aplikasi MAIK (Zakat) di paparan telefon pintar anda
- Masukkan butiran diri anda di kotak disediakan
- Bahagian "Butiran Bayaran" pilih "Cara Pembayaran" & kemudian "Pilihan Bank Pembayar"
- Di bahagian "Maklumat Zakat", barisan "Zakat Fitrah RM7" pilih "Bil Diri & Tangungan" bersesuaian.
- Tekan butang "Bayar Sekarang".
- Di laman FPX, masukkan nama log-in perbankan anda.
- Kemudian masukkan kata laluan perbankan anda.
- Tekan butang "Bayar" atau "Benarkan"
- Maklumat status transaksi akan terpapar & anda akan kembali ke aplikasi MAIK
Cara-cara Membayar Zakat Fitrah di Maybank2U
Aplikasi telefon pintar Maybank2U di Google Play Store atau Apple Store tidak menyenaraikan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan (Zakat) sebagai penerima bayaran.
Namun, anda boleh membuat pembayaran ke MAIK melalui laman web Maybank2U.
- Lancarkan laman web Maybank2U
- Masukkan nama log-in perbankan anda.
- Masukkan kata laluan perbankan anda.
- Pilih "Pay Bills"
- Di "Pay To" tekan "New Payment"
- Cari & klik di "Majlis Agama Islam Kelantan (Zakat)"
- Bahagian "Amount" masukkan amaun melebihi RM20 & dalam gandaan 7. Contoh untuk membayar zakat fitrah 3 orang: RM7 x 3 = 21.
- Di "Telephone Number" masukkan nombor telefon anda.
- Di 'Type of Zakat" pilih "Zakat Fitrah RM7"
- Kemudian tekan "Pay".
Mudah bukan? Berlangsungnya PKP ini memberikan keadaan persekitaran norma baru untuk semua umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Diharap, semua umat Islam di Malaysia dapat menjalankan kewajipan & ibadah di bulan ramadan tahun ini, walaupun dalam keadaan ke-batasan pergerakan sebegini..
#codchef
#KitaJagaKita
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan