Kerajaan negeri Kelantan semalam 3 May, telah memutuskan untuk menangguh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat PKPB di seluruh negeri ini sehingga Khamis 7 May 2020.
Menurut Menteri Besar Kelantan, pendekatan tunggu & lihat masih dilaksanakan kerajaan negeri sebelum apa-apa keputusan baru dilaksanakan.
Imej:
Mohd Fazlin (CC BY 2.0)
Oleh itu arahan #PKP masih lagi terpakai untuk usahawan-usahawan produk & perkhidmatan keperluan (essentials) di seluruh negeri Kelantan iaitu waktu beroperasi 3ptg - 630ptg untuk makanan & food delivery.
Sebarang bazar ramadan & Aidilfitri masih lagi tidak dibenarkan seperti diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kesemua masjid & surau dinegeri ini, kecuali kepada pegawai urus tadbir dibenarkan, tidak boleh dibuka kepada orang awam.
Walaupun Perdana Menteri Malaysia memaklumkan perniagaan-perniagaan boleh dibuka pada 4 Mei, usahawan semua dinasihatkan tidaklah membuka perniagaan secara tergesa-gesa & sentiasa mengikut Standard Operating Procedure SOP ditetapkan agensi berkaitan.
Info lanjut: https://www.hmetro.com.my/node/574094/amp
Untuk food delivery, elak oda makan saat² akhir, supaya pesanan diharap sampai sebelum berbuka.
#codchef
#pkp
#pkpb
#KitaJagaKita
#KotaBharu
#KubangKerian
#Kelantan
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan