Klik tajuk untuk memaparkan jawapan-jawapan disediakan.
Pesanan
- Bolehkah saya membuat pesanan untuk tempoh ke depan?
- Boleh. Ketika menghantar pesanan di Whatsapp, nyatakan tarikh, masa & lokasi diperlukan untuk penghantaran tersebut. Operator kami akan terus membantu untuk membuat tetapan.
- Bagaimana membuat pesanan yang sama seperti sebelumnya?
- Mudah sahaja, copy & paste atau forward sahaja pesanan terdahulu di Whatsapp. Jika masih menyimpan bil pesanan sebelumnya, forward bil tersebut jika perlu.
- Bolehkah saya membuat pesanan mengikut penyediaan custom saya?
- Boleh, tiada masalah. Harus di-ingat bahawa ada ketikanya vendor/penyedia makanan tidak dapat memenuhi permintaan anda kerana kesibukan & kekangan tugas. Namun begitu, kami cuba memastikan permintaan custom anda itu tercapai. Pada dasarnya, pesanan setiap hidangan disediakan berdasarkan keterangan disediakan di laman kami.
- Menu kegemaran saya tiada, boleh tak saya buat pesanan yang tidak disenaraikan?
- Adakala kami tertinggal sesuatu menu & tidak dipaparkan di menu digital yang disediakan. Sila nyatakan hidangan itu & Operator akan cuba membantu.
- Bolehkah saya membuat pesanan untuk orang lain?
- Boleh. Nyatakan perincian penghantaran pesanan ketika membuat pesanan di Whatsapp. Dalam keadaan tertentu, bayaran diperlukan & hendaklah diselesaikan sebelum penghantaran dibuat.
- Adakah pesanan saya didatangkan dengan sudu, garfu & tisu?
- Ada vendor menyediakan tisu & utensil, ada juga yang tidak - bergantung kepada keadaan semasa. Dalam keadaan kesibukan vendor, adakala mereka tidak sediakan sudu garfu atau tisu sekali dalam pesanan.
- Adakah hidangan saya akan di-label-kan?
- Nyatakan kepada kami untuk me-label tanda pesanan ketika memesan. Ia sangat membantu jika mempunyai alergi tehadap bahan-bahan masakan tertentu.
Penghantaran
- Jauh mana COD Chef membuat penghantaran?
- Ketika ini ke seluruh Kota Bharu & jajahan sekitarnya. Tiada had jarak penghantaran & bergantung kepada kemampuan pesanan, pembayaran & persetujuan. Sebagai petunjuk, jarak selamat penghantaran adalah <25km radius dari bandar Kota Bharu -- bagi memastikan pesanan sampai cepat, selamat & panas-panas.
- Berapa lama masa penghantaran?
- Siap masak hantar selalu! Pada dasarnya, setiap pesanan boleh tiba dilokasi anda & dihantar dalam masa 28 - 58 minit. Pernah belaku pesanan tiba dilokasi dalam masa 12 minit! Namun ia bergantung kepada beberapa faktor seperti: (1) Jumlah item dalam pesanan. (2) Respon vendor menerima pesanan. (3) Kesibukan semasa vendor ketika pesanan diterima. (4) Jarak vendor ke lokasi penghantaran. (5) Ketepatan peta lokasi penghantaran. Pihak kami cuba kemaskini status pesanan dari masa kesemasa melalui Whatsapp dan/atau SMS. Faktor trafik & penyediaan makanan semasa memainkan peranan dalam menentukan masa penghantaran.
- Bolehkah saya tambahkan nota penghantaran khas kepada Rider?
- Hantarkan sekali arahan khas penghantaran ketika membuat pesanan di Whatsapp. Anda juga boleh tambahkan arahan khas untuk Rider sebelum berlepas ke lokasi ditetapkan.
- Perlukah saya memberikan alamat penuh untuk penhantaran?
- Kami tahu adalah sukar untuk menaip alamat yang panjang. Gunakan aplikasi Whatsapp & share location dengan mudah - pastikan GPS diaktifkan. Untuk pastikan privasi terjamin, alamat penuh tidak diperlukan. Rider tiba di lokasi & akan terus berhubung untuk menerima arahan seterusnya.
Tetapan Harga
- Ada tak nilai harga minima?
- Tiada minima orders & tiada nilai minima untuk sesuatu pesanan.
- Bolehkah saya beri tip kepada Rider?
- Tip sangatlah dinantikan, tetapi mengikut keselesaan anda. Rider sentiasa berkerja keras supaya pesanan di ambil & dihantar terima dengan selamat. Sebagai tanda penghargaan, adalah wajar untuk tip Rider mengikut amaun difikirkan bersesuaian.
- Kenapa harga menu di COD Chef lebih murah dari aplikasi food delivery yang lain?
- Umum mengetahui, harga hidangan di aplikasi food delivery semakin mahal & tidak sama dengan harga di restoran -- serba banyak menekan perbelanjaan pengguna. COD Chef memastikan harga hidangan menu terkawal & sama nilai -- seperti mana jika anda pesan & makan sendiri di restoran/kafe berhampiran. Tiada perubahan portion, sukatan masakan & sebagainya - itulah jaminan vendor.
Kerjasama dengan COD Chef
- Bagaimana saya ingin memohon sebagai Rider?
- Untuk menjadi Rakan Rider COD Chef, anda bokeh memohon disini.
- Ada tak jawatan kosong di organisasi COD Chef?
- Sila semak jawatan kosong disediakan di laman web kami.
- Bagaimana saya boleh senaraikan menu saya di platform COD Chef
- Untuk memohon penyenaraian menu di platform kami, boleh berkunjung ke laman web ini. Pegawai kami akan membalas & membantu se-cepat yang mungkin. Melalui platform kami, perniagaan anda akan lebih dikenali, menambah nilai jualan disamping secara eksklusif bernaung di rangkaian vendor lokal ternama dalam penyenaraian kami. Anda masak, selebihnya kami aturkan! Kami promosikan produk & menguruskan khidmat pelanggan untuk anda - supaya anda lebih fokus menyediakan sajian dengan konsisten & seterusnya majukan perniagaan.
Anda mungkin ada soalan lagi? Hubungi kami disini.
Tiada lagi Ulasan.
Catat Ulasan